Monday, December 30, 2013

Ucapan perdebatan Usul Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya Negeri Pulau Pinang



Ucapan Perdebatan ADUN Air Itam YB Wong Hon Wai Atas Usul Mengwujudkan Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri pada 13 December 2013

Terima kasih kerana memberikan peluang saya untuk melibatkan dalam perdebatan usul yang dikemukakan oleh Bagan Jermal.  Saya telah meneliti Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 siri ketiga yang baru-baru dibentangkan di Dewan Undangan Negeri kita pada Isnin ini.  Empat hari lalu saya membaca dari muka surat 24 sampai 54.  Banyak cerita tentang JKR, Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri kerana saya baca Laporan Ketua Audit Negara dari 2008 sampai sekarang, saya baca semua Laporan Ketua Audit Negara.  Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah menyatakan bahawa Malaysian Road Record Information System (MARRIS), pendaftaran jalan negeri tidak dikemas kini dan tidak lengkap.  Muka surat 25 menyatakan bahawa JKR dalam perekodan Malaysian Road Information System juga perlu meningkatkan usaha.  Muka surat 45 menyatakan rekod MARRIS masih belum dikemas kini sepenuhnya.    

Saya ingin memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri bahawa mengikut Perlembagaan, Kerajaan Persekutuan memberi pemberian secara khusus kepada Kerajaan Negeri bagi maksud penyenggaraan jalan negeri.  Oleh itu, MARRIS system sangat penting.  Kita rekod, kita akan mempunyai satu rekod yang sepenuhnya, maka kita boleh mendapat peruntukan sepenuhnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.   Sekiranya kita tidak dapat merekodkan sepenuhnya, maka kita rugi.  Saya baca Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan 2012, perkara yang sama, masih belum dikemas kini sepenuhnya.  Kegagalan mendaftar maklumat jalan dengan sistem MARRIS boleh menyebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima sepenuhnya pemberian penyelenggaraan jalan negeri daripada Kerajaan Persekutuan.

Saya minta supaya lebih banyak sumber diberi kepada JKR supaya mereka boleh menggemblengkan usaha dalam pendaftaran sistem MARRIS ini kerana kita tak mahu tengok lagi dalam Laporan Ketua Audit Negara dalam tahun-tahun seterusnya akan berlaku teguran ini.  Saya rasa ini adalah entitlement melalui Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Negeri perlu mendapat peruntukan yang sepenuhnya kerana kita telah meneliti, wang ini besar juga, RM199 juta daripada Kerajaan Persekutuan dari segi penyelenggaraan jalan negeri.

Dalam laporan ini, saya nampak juga rekod MARRIS tidak dikemas kini dan beberapa perkara lagi seperti pelaksanaan kerja penyelenggaraan tidak dibuat dengan berkesan.  Saya faham masalah penyelenggaraan jalan adalah penting.  Penyelenggaraan jalan di Pulau Pinang adalah penting dan kadang-kadang saya menerima aduan juga, ramai wakil rakyat terima aduan juga. 

Saya beri contoh, apabila syarikat utiliti PBA, Telekom, Tenaga Nasional, Telco Company, korek jalan kemudian lepas itu tampal balik, kadang-kadang tidak dibuat dengan elok, maksudnya masih ada lubang ataupun tidak rata.  Saya rasa kita perlu ada kawalan yang lebih ketat dari segi JKR ataupun PBT supaya apabila utility company membuat korekan jalan, boleh membuat penampalan seperti sedia kala, bukan sahaja bahagian itu yang dikorek, mungkin setengah jalan meliputi keluasan yang lebih besar.  Kadang-kadang kita lihat juga apabila Telekom datang korek, lepas itu PBA pula datang korek.  Jadi, satu jalan yang baik, walaupun telah ditarkan oleh JKR, selepas 6 bulan atau 1 tahun, syarikat-syarikat utiliti kita datang korek mengorek semacam tak ada satu koordinasi yang elok.

Oleh itu, saya minta juga JKR membuat penambahbaikan dari segi koordinasi dalam segi pengorekan jalan supaya kita dapat lihat satu maintenance jalan yang baik.  Apa-apapun saya menyokong tentang usaha penubuhan Kumpulan Wang Amanah ini kerana saya rasa ia akan menambahbaikan urus tadbir JKR dalam segi penyelenggaraan jalan negeri dan saya ingin menyatakan dukacita juga tentang jalan persekutuan kita kerana rakyat nampak ada yang berlubang-lubang dan yang tidak diuruskan dengan baik.  Rakyat biasa tidak dapat membezakan jalan persekutuan dan jalan negeri, oleh itu, kadang-kadang Kerajaan Negeri dipersalahkan, walaupun kita tahu jalan negeri dijaga dengan berkala.  Saya meminta juga jalan persekutuan diberikan perhatian juga oleh JKR. 

Dan ini saya menyokong terhadap usul ini.

No comments: